Ya Allah.. Dapat ku rasakan yang kejahatan 'dia' semakin menyerlah. Aku benar2 tak faham apa yang 'dia' inginkan dari aku. Sedang 'dia' sedia maklum status aku.. Tak pernah aku menjanjikan apa2 pun pada 'dia' .. namun setelah hampir 2 tahun.. Kenapa 'dia' kembali menghubungi aku? Kenapa???
Adakah untuk menabur fitnah sekali lagi? Untuk menghuru harakan kehidupan ku lagi?? Sesungguhnya aku benar2 menyesal mengenali 'dia'.. yang tak sepatutnya wujud dalam senarai kawan2 ku..
Nampak nya 'dia' semakin menjadi2 berusaha untuk memusnahkan kebahagiaan aku sekeluarga.. Sedihnya Ya Allah.. Ingin aku berhadapan dengan nya.. Tapi aku tak mampu.. Semacam akan berlaku perkara yang tak baik sekiranya aku berhadapann dengan nya.
Adakah jiwa kamu tidak tenteram? Sehingga kamu berniat untuk memusnahkan hubungan kasih sayang aku & keluarga ku... ? Apa salah aku serta keluarga ku pada mu?
Ya Allah.. aku mohon agar aku dapat mempertahankan keluarga yang ku sayangi.. Aku mohon agar suami ku sentiasa memaafkan aku.. Aku sayang kan beliau ya Allah. Suami ku yang menjaga aku.. Aku tak pernah sempurna.. & dia sempurnakan hidup ku.
Ya Allah.. kau hindari lah kami dari orang2 yang berhasad dengki pada kami.. Sesungguh nya Kau lah yang Maha memelihara.. Jauhkan lah aku dari segala fitnah, samada dari semua makhluk mu... Aamiin..

No comments:
Post a Comment